MAKLUMAN     
  Bermula pada 1 April 2011, e-Labour telah dilancarkan di dalam Sistem e-Submission. Sila baca arahan di bawah:
  Arahan::    
  1. Penyata Bulanan Pengeluar Buah Sawit telah dipecahkan kepada 2 Bahagian. Bahagian 1 dirujuk sebagai Penyata Bulanan Pengeluaran Hasil Buah Sawit, dan Bahagian 2 dirujuk sebagai Penyata Bulanan Guna Tenaga dan Mekanisasi.  
  2. Menu yang berasingan disediakan bagi kedua-dua penyata. Pelesen boleh mengisi penyata-penyata tersebut secara berasingan. Sila rujuk kepada Menu Sistem pada sebelah kiri skrin.  
  3. Penyata Bulanan Pengeluaran Hasil Buah Sawit mengandungi Soalan 1 hingga Soalan 4, dan Penyata Bulanan Guna Tenaga dan Mekanisasi mengandungi Soalan 5 hingga Soalan 7.  
  4. Soalan no. 5 (Guna Tenaga) pada Borang Penyata Bulanan Pengeluaran Hasil Buah yang asal telah dipindahkan kepada Penyata Bulanan Guna Tenaga dan Mekanisasi  
  5. Pelesen dikehendaki mengisi dan menghantar kedua-dua Penyata Bulanan tersebut dalam masa 7 hari pertama pada bulan berikutnya.  
  6. Contoh Penyata Bulanan Pengeluaran Hasil Buah dan Penyata Bulanan Guna Tenaga dan Mekanisasi boleh dirujuk seperti berikut (right-click to download):-  
  i. Contoh Penyata Pengeluaran Hasil Buah Sawit  
  ii. Contoh Penyata Guna Tenaga dan Mekanisasi  
  7. Adalah dinasihatkan supaya pelesen memuat turun dan mencetak terlebih dahulu Contoh Penyata Guna Tenaga dan Mekanisasi untuk mendapatkan maklumat yang terperinci sebelum mengisi secara online.