Panduan mengisi borang MPOB(EL)ET4.
1. Maklumat-maklumat hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat. Maklumat yang dikemukakan adalah untuk nombor lesen berkenaan sahaja. Jika pihak tuan memiliki lebih dari satu lesen estet, isi Borang MPOB(EL)ET4 berasingan bagi setiap lesen estet yang tuan miliki.
2. Nombor lesen hendaklah diisi dengan lengkap. Contohnya 001754-302000 dan bukannya 1745-302.
 
0 0 1 7 4 5 - 3 0 2 0 0 0
3. Keluasan hendaklah dijawab dalam hektar: 100 ekar = 40.47 hektar. Jika ladang tuan seluas 1,500 ekar (1,500/100) x 40.47 = 607.05 hektar. Kuantiti pengeluaran dan jualan/hantaran hendaklah dijawab dalam tan metrik.
4. Tanaman Semula (replanting) merujuk kepada penanaman kelapa sawit di satu kawasan yang mana sebelumnya ditanam dengan kelapa sawit.
  Tanaman Baru (new planting) merujuk kepada penanaman kelapa sawit di satu kawasan yang mana sebelumnya tidak ditanam dengan apa-apa tanaman.
  Pertukaran Tanaman (conversion) merujuk kepada penanaman kelapa sawit di satu kawasan yang mana sebelumnya ditanam dengan tanaman lain.
5. Jika buah kelapa sawit dihantar/jual kepada lebih dari satu kilang atau peniaga, untuk pendapatan purata OER yang diperolehi adalah secara pengiraan "Weighted Average" seperti berikut.
 
  Kilang A Kilang B Kilang C
OER 19% 18% 17%
BTB 900 Tan 800 Tan 700 Tan
 
Purata OER = (19 x 900) + (18 x 800) + (17 x 700)
  900 + 800 + 700
6. Bagi soalan 3, faktor kurang/tambah boleh melebihi satu jika berkenaan.
8. Kilang Sendiri merujuk kepada kilang di bawah syarikat induk.
Kilang Luar merujuk kepada kilang bukan dari syarikat yang sama.
 
Perhatian
1. Segala maklumat yang dikemukakan di Penyata ini adalah sulit.
2. Tanggungjawab mengemukakan borang Penyata Bulanan MPOB(EL)ET4 berserta butir-butir lengkap terletak di atas pemegang lesen Estet dan bukan kepada wakilnya, setiausaha-setiausaha, jurukira atau agen yang dilantik oleh pemegang lesen walaupun orang it mewakili pihak tuan pemegang lesen.
3. Adalah menjadi kesalahan dibawah Syarat-Syarat & Sekatan Lesen yang terkandung dibawah Peraturan 18A, Peraturan-Peraturan Perusahaan Minyak Kelapa Sawit (Perlesenan) 1979, jika pemegang lesen gagal/lewat menyerahkan Penyata Bulanan tidak lewat dari 7 haribulan bagi bulan berikutnya dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda.
4. Sebarang pertanyaan mengenai pengisian borang ini, sila hubungi Unit Ekonomi & Pembangunan Industri, MPOB, Kelana Jaya
No. Telefon : 03-78035544
No. Faks : 03-78033533/78032323
5. Penyata ini hendaklah diserahkan dan diterima oleh MPOB tidak lewat dari 7 HARIBULAN pada tiap-tiap bulan.